Monday 9 May 2016

Sempurna

Hati ini resah
Hati ini gelisah
Hati ini kepenatan

Akal ini buntu
Akal ini terasa berserabut
Akal ini seperti hilang punca

Jiwa meronta
Hati menangis
Terluka
Fizikal tak bermaya
Lemah
Longlai
Meniti hari seperti biasa

Engkau makan
Aku makan
Engkau minum
Aku minum
Engkau tidur
Aku tidur

Tapi hati ini terasa berat
Sepertinya ia memikul beban yang dahsyat
Hingga rasa tidak bermaya lagi

Ya Allah
Tolong aku Ya Rahman

Dugaan ini terasa perit sekali
Bermain dengan konflik jiwa
Aku penat!!
Aku buntu!!
Aku terseksa!!
Aku menangis!!
Aku tersungkur!!
Dek bebanan dosa yang kugalas

"Mengapa terasa berat sekali"
Mungkin kaulupa
Mari aku ingatkan dikau
"Dosamu banyak wahai manusia!!"
"Sudahkah engkau beristighfar kepada-Nya?"
"Jika YA. Bila?! Bila kali terakhir bait2 kata suci itu zahir di bibirmu?!"
"Sudahkah engkau bertaubat?!"
Bersujud dalam dua rakaat solat taubat
"Hatimu sakit bukan?!"
"Sudahkah engkau mendiagnosis hatimu?!"
"Sesungguh DIA punya jawapan"
"DIA lah jawapan dek semua "sakit" kau"
"DIA rindu akan engkau"
"DIA sayang akan engkau"
Maka dikirimkanNya "sakit" itu

Agar kaurasa
Agar kausedar
Agar kausegera menDIAgnosis dirimu
Agar engkau kembali pada DIA
Yang memberi segalanya padamu
Yang berkuasa mengambil apa2 daripadamu
Yang mengujimu
Yang menyembuhkanmu
Jiwa raga
Mental fizikal
Emosi rohani
Semua jawapan ada pada DIA

Jangan kaucari kesempurnaan dalam dunia yang fana ini
Jangan kaucari kesempurnaan pada makhluk ciptaanNya
Kelak kauakan lelah
Kelak kauakan sesak dan semak dengan semuanya
Sedarlah
Kesempurnaan itu hanya ada pada Pencipta Agung Allah Ya Rabb

Inspired from team #diagnosis #diagnosis2
Diagnosis apokalips dan seangkatan dengannya masih dalam pembentangan bajet 2016 hehehe.(dalam proses nak beli)
Good job to those doctors and specialist :-D 
 + if and only if the doctors read this, i'll let you know one thing: you guys did a great and marvellous jobs!!
Keep inspiring people and all the best!!

Sunday 1 May 2016

Hati

Jangan kaucuri hati ini
Kelak mati hatiku
Kerana hati ini hanya hidup dengan adanya Dia

Jangan kautambat hati ini dengan ikatan yang kau reka
Kelak andai longgar ikatan itu, kita mungkin akan terpisah
>Putus tak bertali<

Jangan kautawan hati ini
Kelak mungkin seluruh kerajaan dan penghuni akan sengsara
Kerana hati ini bukan daerah untuk ditawan

Jangan kau jangan . . . .

Sekadar berpuitis di kala otak mula menjana madah puitis