Saturday 24 May 2014

Perginya SC dan SC. (kucingku)

Assalamualaikum dan kon ni chi wa!

Entry kali ni aku nk cerita pasal kesedihan yang menjengah lubuk hatiku ini minggu lepas.
Pada 12 Mei yang lalu bersamaan hari Isnin, anak kucingku ditimpa kemalangan.
Si comel itu telah ditimpa oleh sebuah pagar kayu yang ukurannya lebih kurang 2 buah cpu standard size.
Hidungnya berdarah.
Ibuku memaklumkan kepadaku bahawa si comel dihimpap pintu.
Aku sangkakan tidak serius.

Kemudian, aku bergegas keluar.
Aku dapati si comel telah terlantar, meraung dalam bahasa kucing.
"meow meow.. meow meoww.." kedengaran nadanya yang jelas menunjukkan si comel sedang kesakitan.
Aku sedih melihat si comel dalam keadaan begitu.
Runtun jiwaku ketika itu.

Kemudian, aku segera masuk ke dalam rumah bagi mendapatkan tisu.
Kusegera membersihkan darah yang mengalir dari hidung si comel.
Sayu hatiku melihatkan tubuh kecil itu kesakitan.
Badannya seolah-olah terkulai.

Keesokan harinya, aku dan keluargaku pergi berjumpa veterinar di pekan Selama.
En V menyuntik si comel dengan cecair yang aku sendiri tidak pasti.
Sebelum pulang, En V mengatakan bahawa tiada apa-apa.
Seolah-olah menjelaskan tiada apa-apa kecederaan yang serius di tubuh si comel.
Dalam ketika itu, aku tetap musykil.
Dalam benak hatiku, "tak kan takda apa-apa. leher macam patah je ni, hidung berdarah smlm..?"
Dalam fikiran yang cuba menahan sebak, bibirku menuturkan "leher dia ni takda apa-apa ke?"
Jwb En V, takda apa ni.
Dr V menyuruh kami memberikan glucose kepada si comel kerana si comel kelihatan tidak bertenaga.

Kesedihan aku mulai reda, namun masih jua menapak di dalam jiwaku pada ketika itu.
Hari itu kami dalam perjalanan ke Parit Buntar.
Semasa dalam perjalanan, si comel berbunyi beberapa kali.
Sepanjang perjalanan itu jugalah, aku mengusap-usap si comel, dengan tujuan untuk menenangkan si comel yang pasti dalam kesakitan pada ketika itu.
Setelah sampai di rumah, aku segera membancuh glucose yang baru sahaja kubeli.

Ok. Ringkas..

Lepas 3 teguk, si comel terkulai, tak bernafas, tiada tanda degupan jantung.
Aku terkedu, rasa macam nak nangis je. Tapi tahan.hehe. sebab ada kkak aq ngn mak aq kt situ.hee
Inilah si comel yang aku maksudkan tu.
Date of death : 13 Mei 2014
 Kak aq kata, takelah, daripada dia terseksa lama-lama.
Aku pun memaksa diri ini untuk merelakan kepergian si comel, walau hati berat sekali.


Inilah si comot.
Date of death : 23 Mei 2014
Ok. Mggu ni plak, ada lagi seekor anak kucing aku meninggal. Aq gelar dia comot.
Yang si comot ni aq taktau punca kematian dia. Dah ajal tu memang le.
Nak kata kemalangan mcm si comel, tak pun.
Berdasarkan pengamatan aq, kes si comot ni mungkin sebab parasit.
Aku geram dengan emaknya si comot., @ibu kucing(IK) je aq gelar dy. ngee
IK tak urus pun si comot, kasi makan ke, bersihkan badan si comot ke(jilat).
Aq pun tak tahu kenapa. Mungkin IK sedih dengan pemergian si comel? Nak kata tak , macam kejam lah pula, nak kata ya, macam bukan ya ja. 
Sampaikan aku yang bawa IK pergi dekat si comot. Itupun, IK lari pergi tempay lain sebaik aku  lepaskan IK.
Konklusi kedua, mungkin si comot kurang nutrien.  Yela, Ik dah tak hiraukan anak dia itu.
"IK oi, anak hang tu kecik lagi la,  la bagi dy susu."
Si comot start lemah semalam. Aku pun bancuh susu tepung+glucose kasi si comot minum guna picagari.
Nak suruh dia jilat memang idak dah le. si comot nak duduk or berdiri pun dah tak larat.
Lepas aku kasi tu, si comot boleh berdiri. Aku happy. Tapi hapy aku hanya seketika, sebab si comot tiba2 terhoyong-hayang kemudian rebah.
Kaki si comot seolah-olah dah tak dapat nak terus tahan berdiri.
Petang semalam, aku basuh badan si comot dan si koko (sibling of comot).
Then, i applied gamat oil on certain parts of their bodies.
Si comot pergi petang tadi.

Kes si comot aku tak sesedih macam kes si comel tu. Aku pun kurang pasti knpa.
Aku immune dah ke lepas kes si comel hari tu..? 
NO!!
Sebab kes si comel tragis n kes si comot kes normal.(yeke.ntah.aku rasa la)
Kes si comel takda keluar darah apa pun.

Baby kucing yang masih hidup sekarang ni, hanyakah si koko. Gmbar si koko takleh nak upload.

Seingat aku, gelaran sahabat Rasulullah iaitu Abu Hurairah ada kaitan dengan kucing.
Abu Hurairah ada bela kucing dan sukakan kucing.
Klik sini Abu Hurairah untuk tahu lebih lanjut mengenai sahabat Rasulullah S.A.W. .
Baginda juga sangat suka akan kucing kan?

Tidak menjadi kesalahan untuk kita sayang haiwan kan?
Bukankah kita, manusia, perlu menjaga tiga perkara ini iaitu :
1- Hubungan kita dengan Allah
2- Hubungan kita sesama manusia.
3- Hubungan kita dengan makhluk Allah.
Akhirul kalam. . .

Friday 23 May 2014

Berpuisi lagi. . .? >_< .


Mengenalimu terasa indah.
Berkawan denganmu penuh gelak tawa dn gurau senda.
Bersahabat denganmu kembali termotivasi, membuat aku kenal erti memahami orang lain.
Ku cuba pertahankan "ikatan' itu, namun kecundang jua akhirnya.
Terasa ibarat ditampar tsunami, dilanda badai, taufan.
Kau bertanya kepadaku, apakah aku menyesali dengan tindakan drastik aku itu?
Tindakan aku, menjarakkan kau dan aku, sehingga kini masih tiada intersection point yang tepat antara kau dan aku, untuk kembali berdamai, kerana kau telah pergi jauh, lari drpd limit antara kau dan aku.
Sedangkan kerana kaulah aku telah membuat dan nekad dengan keputusan itu.
Tidak kautanya sebab dan musababnya kan?
Dan mungkin juga, kau dan aku akan terus berada pada momentum dan paksi yang berbeza.
Kini, aku rasakan dunia itu begitu besar.
Kau dan aku kini bagaikan satunya di kutub utara dan satu lagi berada di kutub selatan.
Pada ketika itu, aku juga bertanyakan soalan yang sama kepadamu, namun kau diam seribu bahasa.
Aku membalas kepadamu, bahawa aku tidak menyesal mengenalimu, berkawan denganmu.
Masakan menyesal atas apa yang tersurat?
Aku dapat merasakan yang kau seolah2 ingin aku mengatakan yang aku menyesalinya.
Aku punyai prinsip aku sendiri.
Aku sedar yang kita tidak boleh menyesali atas apa2 yg telah terjadi. Itu semua telah menjadi ketentuan-Nya.
Sedih terkenangkan, sayu, marah, geram. Ya!! Semua manusia punyai perasaan itu.
Apatah lagi apabila apa2 yang telah terjadi terasa ibarat tiada guna, dalam erti kata lain, terasa menyesal.
Ya! Aku juga punyai rasa itu.
Geram, terasa hendak putarkan mesin masa dan perbaiki tindakan yang aku andaikan sebagai 1 kesilapan pada masa itu.

Namun, andailah aku dapat tukarkan tindakan aku itu, kini aku pasti, ianya adalah 1 tindakan yang salah bagi aku.
Aku mungkin tidak akan dapat hidup sebahagia sekarang.
Ya ada bagusnya kita, manusia tidak dapat menyulangi masa yg telah berlalu.
Andailah itu berlaku, pastilah kita sendiri pun akan pening dek banyak sangat tindakan yang kita ubah akibat masa yang boleh diulang itu.
Dan yang paling pasti ialah kita mungkin tidak akan mengecapi apa-apa yang kita kecapi pada saat ini.
Dan kita juga mungkin tidak akan mengambil pengajaran daripada peristiwa itu.
Jadi, janganlah sesekali mengeluh akan masa yang telah berlalu itu. . .
Bersyukur kepada-Nya, masa itu terus berlalu meninggalkan kita.

Tidakkah indah sesuatu yang berwarna-warni bagi kita iaitu manusia.
Begitulah juga kehidupan itu adalah indah, teramat indah!
Warna-warni keriangan zaman kanak2, gembira bermain di sini sana tanpa perlu memikirkan masalah atau endahkan hal2 lain,
warna-warni kenakalan zaman menjelang remeja, dirotan guru di sekolah, dimarahi ibu bapa.
Warna-warni mengenal erti persahatan dan erti2 lain dalam kehidupan ini.
Warna-warni bersama insan yang kita sayangi, keluarga.
Setiap peristiwa yang berlaku itulah yang menjadikan hidup kita lebih indah.
Keriangan, kegembiraan mahupun kebahagiaan ibaratkan warna yang ceria
manakala, kesedihan, kekecewaan, kehampaan dan kemarahan ibarat warna yang gelap, yang pudar.
Adakah pelangi tetap akan kelihatan indah andai tiada warna biru, indigo dan ungu pada urutan warnanya??
Fikir2kan. . .
Begitulah juga hidup ini. Allah itu Maha Adil lagi Maha Penyayang.
Jangan engkau mulakan hari barumu dengan penyesalan harimu yang telah berlalu itu.

Sekian. Wassalam.
Coretan daripada insan yg sedang belajar dalam hidup, dalam mencari dan menikmati erti hidup. . .

Monday 12 May 2014

Jambatan antara sekolah dan jalan seterusnya.

Assalamualaikum dan salam ceria.
Terutama kepada lepasan spm khususnya lepasan 2013.

Mesti ramai antara pelajar lepasan spm 2013 yang teruja nak masuk ke alam U kan?
Tak dilupakan juga, ada yang takut, ada yang dah tak sabar dan mungkin juga ada yang tak rasa apa-apa lagi buat masa ni.hahaha.

Tapi tak dilupakan ada juga yang tidak ditawarkan untuk belajar di U / kolej.
Jangan risau / sedih / frust, sebab rezeki manusia kan lain-lain.
Ada je orang yang tak cemerlang sangat pun akademiknya, tapi bahagia je dalam hidup dia. so, no more worries ye?
Just always believe in Allah, coz Allah know the best for us.

Kalau tak silap aku, result upu dah keluar kan? Tak pun dah nak keluar?

So, masa ni lah, ramai antara korang yang akan pening. Nak pilih, nak masuk matrik ke form 6 ke? Mana ni...? Kan? Kan?

Budak excellent pun kadang still punyai masalah ni. Its normal as we are human right?
Aku nak kasi sikit tips untuk korang buat pilihan. Ini hanya pendapat aku je. Scientifically not proven,, yet..?

  1. Istikarah.
For muslim, istikarah is the best way for us to make decision.
Korang buatlah istikarah. Tapi time korang buat istikarah tu, hati kena neutral ye.(based on my reading)
Nak lagi afdal, korang buatlah 3 malam ke. Cara nak solat istikarah aku rasa tak payah aku nak terang kat sini rasanya, korang boleh tanya ustazah/ustaz korang.

2. Malu bertanya sesat jalan.

Ok. Tips ni korang digalakkan untuk cuba. Tanya orang yang lebih berpengalaman. Contohnya cikgu, mak ayah, senior dll. Bagi aku, better korang tanya guru kaunseling. Sebab diorang ni banyak info pasal U ni sikit.
Tanya cikgu mana2 pun boleh je. Kalau korang dah ada target (cita2), jangan segan silu untuk kemukakan. Mungkin dyorang lebih tahu mana pathway yang safe/ better ke untuk korang ikut. Tapi janganlah terpengaruh dengan kata2 yang negatif daripada orang sekliling ye.

3. Setiap manusia punyai kemampuannya yang tersendiri.

Lastly, korang mesti tahu (kena ambil tahu) kemampuan korang. Tapi jangan pula rasa tak yakin / putus harapan. Kalau korang tak berapa cemerlang dalam spm ritu, tak semestinya korang memang takleh carry subjek tu.

       Contohnya, korang nak jadi doktor, tapi korang dapat B je untuk subjek sains. Jangan la terus letakkan diri korang yang korang memang tak mampu nak carry. Cuba tengok balik pencapaian korang dulu. Mungkin korang A masa form 4 tu, tapi rezeki Allah nak kasi korang B masa spm.Sapa boleh halang kan?
     Korang kena banyak buat refleksi diri. Korang kena tengok apa punca korang tak begitu cemerlang dalam spm ritu. Mungkin korang main2 masa form 4 ritu. Almaklumlah, ada yang anggap form 4 sebagai honeymoon year. Tapi takpe, yang lepas biarkan dia. Kita dah tak boleh nak usik dia dah. Mungkin juga ada yang bercintan-cintun. Masa pmr dia top je result, tapi time spm......(krik krik). Maknanya korang boleh je belajar, tapi mungkin ada sesuatu yang mengganggu fikiran korang time upper form.
Buat refleksi diri banyak2. Antara cara nak tahu kemampuan diri, jumpa caunsellor pun boleh.


Ok. Aku dah banyak dah berceloteh kat atas. Point sikit je, huraian je lebih.huhuhu. Harap korang faham dan korang dapat input yang cuba aku sampaikan, tak sikit semua pun jadi la.hehe. Jangan korang salah faham pula.Ada apa2 persoalan, just ask me anytime, and insyaAllah i will try to answer it.
Last but not least, i really hope that you can make a wise decision, because for me, it is like a beginning of your career in the future.

Semoga bertemu lagi di entry2 seterusnya.