Friday 12 December 2014

Following??

Tu la. Nak sgt. Amik kau.
The moral for today: do not follow others!
You will get the consequences that you might unlike!
Nk senang dlu, dpt la susah lpas tu.
If you follow others, it shows ur attitude.
It seems like u dont have principle.

Everyone has their own prob.
They have their own life
They have their own dreams.
They have their own ways in achieving their dreams.
So, why must u follow them?
Is it ur ambition, ur dreams same with theirs?
Come on!!
Even it is same, it doesnt mean that u can follow their way in achieving it.
Each brain is different right?
Some can understand faster.
Some is good in this thing, but the other are good in other things.
So, what is the use of following other?
Does following other means that u can get the same things that they got?
No guarantee right?!!
You can be as happy as they are?
Just live the life with the way you are!
Live with ur own way, ur own style!
Do ur own mission!
Just live to the fullest. It will become colourful without u realise. ;-)

Actually entry ni dh lama dh nk post. Dok save dlm fon je pnya lama. Sem lps lg.haish. Ok, kira mcm bring back the idea from the last sem. ;-)

Monday 1 September 2014

Ke Cameron lah kite ye!!

Hai kalian. Assalamualaikum!!
Lama aq tak update blog ni kan.Dah naik bersawang dah.ish3.

Kali ni entry aq psl keja lab bio.
To be specific, ecological trip.
Sebenarnya trip ni sebahagian drpd keja makmal yg kitorang kena buat utk sem ni.
Under kod BIO200 (introduction to tissues, classification of living things and ECOLOGY)
dlm trip ni kitorg kena buat profile hutan, population, succession n mangrove system.
Ok. Kita cter pngalaman n some of interesting story je lah. 
No need to include all the work that i need to do.haha

Day 1 (Jumaat, 22 Ogos 2014)

Hari ni tak byk keja sgt buat. Just kena buat quadrant.
tp tak jd buat. sempat dgar penerangan je.
sbb hujan. so ditangguhkan.
then. time to check in!!!
kitorg smpi dlm pkul 6 kt apartmen.
rehat jap, pkul 8 pegi pasar malam!!
yeppi!!
tp hujan renyai2. tp redah je.huhu


Apartmen yg kitorg duduk


Day 2
pagi tu, sejuk gedi!! (sejuk gila)
hari ni lah main keta kitorg.
Profile hutan. kna ukur tinggi pokok, diameter n bla bla bla. hee
Geng keja bio, after dh siap keja!! :-D 


Dah siap tu, kitorg mkn aiskrim!! hee.
P tempat tanam strawberry. Dok le melepak kt situ plak.
Dok smbg2 kt situ, barulah aq tau yg keja kitorg dh siap sbnarnya.
cuma tggal nk tgk n dgar psl paya bakau je.
happy je! masa utk jln2! huhu
Then, kitorg p mardi.
kat mardi ni ada mcm2.
Ad pokok bunga yg trsgt byk (nmpk tu byk dy.hee)
Rabbit pun ada kt sni.


Kat sni lah nk beli strawberry kering (yg tak diragui)haha.
*kat psar mlm diragui sikit, sbb dy guna staple je.
kat mardi dy letak dlm tupperware n nmpk lbih menyelerakan.haha
bila dah naik bas tu, baru aq trfikir.
Sepatutnya kitorg bleh try tny pihak mardi psl nama2 pokok yg dlm keja kitorg tu.haish.
tp takpe. mr google kn ada.haha

Last pic at mardi


Then, kitorg p ladang teh. 
Cameron Valley
Kat sni beli teh+snap2 jela.
Nak trun bwah. tp sibuk tgkp gmba sgt, smpi dh kesuntukan msa dh.
hmm. mybe next time le kan.hee
The beauty of nature. ^^ ldg teh

Mlm tu plak, kitorg pegi psar mlm le lg.
Kali ni driver bas tu bg 2 jam.
So, berjln sakan le!! haha.
Aq smpi lapar. Last2 takleh tahan, beli le potato ball.huhu. 1st time mkn.

Day (24 ogos 2014)
Hari ni, otw blek tu, stop at kea's farm jap.
shopping lg.haish.
Tp aq beli strawberry fresh je kt sni.takde le shopping sgt.
Balik tu, kitorg singgah port welt @ kuala sepetang , taiping perak.
Terasa mcm sirih pulang ke gagang.haha.
i miss all the moments at TAIPING!!
kat sni just tgk n kenal pasti jenis2 bakau.
Snap2 gmba pokok. Tak lupe jgak, snap2 gmbar org.haha

The best thing, i met my family (just mak, ayah, kaklya n mimi) !!
*the best moment is when we are with our family.
sob sob sob. huhu
family aq dh telan mee udang dlu dah sementra tggu aq.

Next, we went to eat mee udang mak jah!! haha
It has been so long i didnt eat that meal. (stgh tahun je pun.haha)
We enjoyed the meals n got full.
Then, we went back to Araustralia.haha


Yummy!! B-) 
Sementra menugnggu mee udanggs. Ngee


Kitorg suma tido je dlm bas tu, penat sgt.huhu
Dah nk smpi kt kampus, berat je hati nak masuk gate tu.haish. haha
semua dok bising, soh pakcik bas patah blek le, bwak slo2 le.haha cm lawak je kn. huhu
tp apakan daya, perjuangan mesti diteruskan, kan???! hee

Ok, dah puas bergembira, release tension le katakan.haha
So, time to study!!

-Ihsan en google-

Smpi bersua lg di masa akn dtg. ;-) 
Wassalam~










Tuesday 3 June 2014

Life in the sketch. *CAR??

Hai hai hai. Kon ni chi wa!!

Ok. Sya dh berusia 19 thun (blum masuk 19 lg. Hee :-D) tapi sya baru nk amik lesen.
Actually start dftr lpas spm, tp disbbkn masalah teknikal (klise.kui3) dn sbb2 yg tak dpt dielakkn, jdnya skrg lah bru sya bleh proceed ke lesen P.
Ok, you know what?!! *dont know la kn.*ok.gelong jap.maaf2.
Test jpj sama tarikh dgn tarikh sya kena dftar diri kolej. (check in semula uitm arau.hehe)
Aq ni dh la agak *ting tong ting lg. TAKUT!!
Last latihan hari tu, aq taktau la knp asyik tak kena je. Terutamanya dkat bukit. Selama ni takda masalah pn.
Nk kata sbb bwa keta lain, ntoh le.sptutnya bwa keta mna pn sama jela, nma pn nk jd driver berlesen.
Asyik mati je enjin, geram la jgak hati ku ini pd ketika tu.
Dh la kt atas tu rmai pej yg bru nk amik lesen L, org pggl praktikal kot.ntah le.
Malu??sape tak malu.
Tp aq gagahkn diri yg tak berapa nk gagah sgt ni kn, utk cuba wlopn berkali-kali gagal.
Smpaikn ckgu kat pondok tu ckp, buat pelan2 adik, kalut nk p mana.
Ok, dlm hati; chek dok tgh relax la ni. Klo tak dh trun keta dh.
Yela, mana tak nya, nak dkat 10 kali prcubaan aq masa tu.
Ditambah pula dgn cuaca yg perghh, ala2 gurun sahara, (ok, unsur hiperbola sikit.maaf2 :-D )
Akhirnya boleh lah jgak. Alhamdulillah.

Tapi main point entry ni bukan psl sya sbnanya. Itu lebih kurang mcm pendahuluan le. Maaf pjg.+merepek plk tu.
Takpe.relax dlu, jgn berhenti dlu. Teruskn mmbaca smpai ke noktah yg terakhir entry ni.sbb sya ad sesuatu yg bg sya istimewa utk kalian para pembaca.

Aq nk bahasakn diri S dlm petikan seterusnya ni.sja.suka2.
Sebenarnya S dpt idea ni masa S tgh tulis entry lain. Entry LIFE NOT SUCKcat. Baca la.entry kata org ,(org tu aq la.hehe) merapu meraban + secubit info yg mgkin berguna utk anda.;-)

Ok. Semua tahu secara amnya struktur kereta, kn?
Ad cermin sisi, cermin tgh dn cermin lut sinar (cermin dpn dn blkg), tak dilupakn, cermin tingkap.tak kisahlah tinted ke tak.
Cermin mana yg paling besar? Cermin dpn kn. Cermin sisi n tgh plak, kecil je kn.
Mcm tu lah dgn pndgn kita dlm kehidupan kita.
Kita kena fokus ke dpn.lebih utama!!

Cermin sisi+cermin tgh kita tgk skli-sekala je kn.
Klo kita asyik tgk cermin sisi+cermin tgh je, cuba bygkn apa yg jd.
Faham2 sniri le.
Mcm tu la hidup ni. Kita tak boleh tgk masa lalu kita je smpaikn kita hilang fokus pd masa depan kita.
Kita yg “memandu" hidup kita.
Ya, mmg kita tak tahu ap yg ad di dpn, tp selagi kita tak ke dpn, selagi tu kita tak kn tahu. Kan? Kan?

1 lg, cermin sisi+cermin tgh tu, cermin pantul kn.
Kita kena pantulkn diri kita yg dhulunya kurang baik, menjd lbih baik di masa hdpn. Kita seyogianya sentiasa melakukan refleksi diri supaya kita tidak terbabas atau hanyut di dunia yg fana ini. Hehehe. *smile!!

Tingkap plak, cuba bygkn kereta yg anda naiki takda tingkap. Tak ke rasa mcm dok dlm kotak. Terkurung je. Dh qupe katak di bwh tempurung aje.
Back to life~
Dlm perjln kita meneruskn saki baki kehidupan kita, jgn dilupakn pula yg di sekeliling kita.
Kalau kita tak menoleh ke tepi, knan dn kiri, tak melihat perkembgn di sekeliling, haa jdlah lah mcm katak di bwh tmpurung tu ye.
Kita kena peka akan keadaan sekeliling.
Kerana kdg2 keadaan sekeliling tu yg mampu membuatkn hidup kita lbih ceria, lbih diberkati.

Boleh senyum kt org lain pn dh dikira sedekah kn. *keching!!dpt 1.
Kdg tu keadaan sekeliling turut mnjd catalase/pemangkin utk kita kecapi kejayaan.
AMARAN KERAS!!: BUKAN RASUAH YA!!!!!

Cthnya, mcm pegi interview, kdg tu ad yg diajukn soalan berkaitan isu semasa.klo kita tak peka akan keadaan sekeliling kita, masakan kita bleh mnjwb soalan itu dgn baik.dn akibat2 seterusnya juga.
Cth lg; kita brhenti dkat traffic light, trpndg blah tgkp, tgk2 kwn kita yg dh lama tak jmp. Seronok tak? Ceria tak hari tu?
Byk lg cth yg lain. Fikir2 kn.
Always bear in your mind!!
We drive our life, we choose our path, but dont we ever forget that Allah is the Lord of the Worlds.

P/S : Fahami dn selamilah Surah Al-Fatihah.

LIFE DOES NOT SUCKcat

Assalamualaikum. hai hai hai. Kon ban wa / good evening. :)

Ilham nk tulis entry ni alhamdulillah dikurniakan Allah semasa aq tgk kucing2 aq tgk main.
Masa ni dh tgh mlm dh.tapi aq tak boleh nak tido lg.smlm. then, tgk kucing2 main.
Aq trfikir, klo lah kucing aq msuk prtndingn kucing, mcm dlm cter mr bean tu, msti kelakar.huhuhu
Yela, mana taknye, klo sruh buat bnd ni blum tntu dy buat, soh buat tu, ntah nk tggu lama mna la agaknya, klo soh dy buat.
Yela, selalu dok main, spontan je.
Terfikir aq, ad jgak haiwan yg dilatih utk buat prsembhan.
Kucing aq? Buat show? Hahaha.mcm srkas plak.kui3. Mmg idok le. Tak sggup.
Yela, bila difikirkn balik, mcm takda “life" plak haiwan2 gitu.
Hidupnya, dok brlatih buat bnd tu le, pastu “show" kt dpn org ramai.
Teman bukannye ape, teman kesian bebeno le.
Bila diingtkn balik, teman pn prnah juge melihat prtunjukan haiwan ni, dkat zoo.

Ok. Back to the main point. Actually, i want to write about “life", in 1 perspective.
Hidup ini akan kelihatan dn rasa bosan kn andai tiada suka dn duka.
Masakan dipnggil laut kalau tiada psg surutnya.
Tiadalah beza antara air laut dgn air sg andai air laut tidak masin.
Cuba renung kmbali,
Adakah sedap sesuatu hidangan itu jika rasanya “plain" sja?
Tiada manis, tiada masin, tiada pedas(terutama utk org melayu yg sukakn pedas) ??
Jika diibaratkn dgn makan,
Kdg trgigit cabai@cili, ya PEDAS!!
Kdg garam tak rata, trkena 1 part, MASIN!!!
Termakan peria dll yg seangkatan dgnnya, PAHIT!!!!
Dikulum@diisap nya coklat, MANISNYA!!SEDAP!

It is normal, sometime we have “bitter" memory in our life, sometime it hurts deeply, but always keep in your mind that you still have time in your every breath!!
Dont waste that time which simply give up, fed up and neither upset nor being haunted with that memory (even memories).
Wake up and move on beb!!;-)

Kalau ada diary milk choc, tak lgkap klo takda dark choc.
Klo takda jatuh, mcm mna nk bangkit..? Klo jatuh, tak kn nk trus jatuh kn? Bangkitlah!!
Setiap yg berlaku ada hikmahnya.
Murid upsr pn tahu yg kewujudan perkataan antonim kn.
Sedih, BANGKITLAH!!
Kelak kau akan gembira.
Menderita, BERSABARLAH!!
Kelak kau akan kecapi bahagia.

Ingtlah, kegelapan tak muncul sendiri, dy ad antonimnya, yg prlu diusahakn utk kecapinya, CAHAYA!! TERANG!! SINAR!!

P/S : Kalau kau asyik dgn masa lalu, kau akan kehilangan masa depan kau!!

Macam lagu cellion deon, show must go on.
Chill! LIFE MUST GO ON!!

Saturday 24 May 2014

Perginya SC dan SC. (kucingku)

Assalamualaikum dan kon ni chi wa!

Entry kali ni aku nk cerita pasal kesedihan yang menjengah lubuk hatiku ini minggu lepas.
Pada 12 Mei yang lalu bersamaan hari Isnin, anak kucingku ditimpa kemalangan.
Si comel itu telah ditimpa oleh sebuah pagar kayu yang ukurannya lebih kurang 2 buah cpu standard size.
Hidungnya berdarah.
Ibuku memaklumkan kepadaku bahawa si comel dihimpap pintu.
Aku sangkakan tidak serius.

Kemudian, aku bergegas keluar.
Aku dapati si comel telah terlantar, meraung dalam bahasa kucing.
"meow meow.. meow meoww.." kedengaran nadanya yang jelas menunjukkan si comel sedang kesakitan.
Aku sedih melihat si comel dalam keadaan begitu.
Runtun jiwaku ketika itu.

Kemudian, aku segera masuk ke dalam rumah bagi mendapatkan tisu.
Kusegera membersihkan darah yang mengalir dari hidung si comel.
Sayu hatiku melihatkan tubuh kecil itu kesakitan.
Badannya seolah-olah terkulai.

Keesokan harinya, aku dan keluargaku pergi berjumpa veterinar di pekan Selama.
En V menyuntik si comel dengan cecair yang aku sendiri tidak pasti.
Sebelum pulang, En V mengatakan bahawa tiada apa-apa.
Seolah-olah menjelaskan tiada apa-apa kecederaan yang serius di tubuh si comel.
Dalam ketika itu, aku tetap musykil.
Dalam benak hatiku, "tak kan takda apa-apa. leher macam patah je ni, hidung berdarah smlm..?"
Dalam fikiran yang cuba menahan sebak, bibirku menuturkan "leher dia ni takda apa-apa ke?"
Jwb En V, takda apa ni.
Dr V menyuruh kami memberikan glucose kepada si comel kerana si comel kelihatan tidak bertenaga.

Kesedihan aku mulai reda, namun masih jua menapak di dalam jiwaku pada ketika itu.
Hari itu kami dalam perjalanan ke Parit Buntar.
Semasa dalam perjalanan, si comel berbunyi beberapa kali.
Sepanjang perjalanan itu jugalah, aku mengusap-usap si comel, dengan tujuan untuk menenangkan si comel yang pasti dalam kesakitan pada ketika itu.
Setelah sampai di rumah, aku segera membancuh glucose yang baru sahaja kubeli.

Ok. Ringkas..

Lepas 3 teguk, si comel terkulai, tak bernafas, tiada tanda degupan jantung.
Aku terkedu, rasa macam nak nangis je. Tapi tahan.hehe. sebab ada kkak aq ngn mak aq kt situ.hee
Inilah si comel yang aku maksudkan tu.
Date of death : 13 Mei 2014
 Kak aq kata, takelah, daripada dia terseksa lama-lama.
Aku pun memaksa diri ini untuk merelakan kepergian si comel, walau hati berat sekali.


Inilah si comot.
Date of death : 23 Mei 2014
Ok. Mggu ni plak, ada lagi seekor anak kucing aku meninggal. Aq gelar dia comot.
Yang si comot ni aq taktau punca kematian dia. Dah ajal tu memang le.
Nak kata kemalangan mcm si comel, tak pun.
Berdasarkan pengamatan aq, kes si comot ni mungkin sebab parasit.
Aku geram dengan emaknya si comot., @ibu kucing(IK) je aq gelar dy. ngee
IK tak urus pun si comot, kasi makan ke, bersihkan badan si comot ke(jilat).
Aq pun tak tahu kenapa. Mungkin IK sedih dengan pemergian si comel? Nak kata tak , macam kejam lah pula, nak kata ya, macam bukan ya ja. 
Sampaikan aku yang bawa IK pergi dekat si comot. Itupun, IK lari pergi tempay lain sebaik aku  lepaskan IK.
Konklusi kedua, mungkin si comot kurang nutrien.  Yela, Ik dah tak hiraukan anak dia itu.
"IK oi, anak hang tu kecik lagi la,  la bagi dy susu."
Si comot start lemah semalam. Aku pun bancuh susu tepung+glucose kasi si comot minum guna picagari.
Nak suruh dia jilat memang idak dah le. si comot nak duduk or berdiri pun dah tak larat.
Lepas aku kasi tu, si comot boleh berdiri. Aku happy. Tapi hapy aku hanya seketika, sebab si comot tiba2 terhoyong-hayang kemudian rebah.
Kaki si comot seolah-olah dah tak dapat nak terus tahan berdiri.
Petang semalam, aku basuh badan si comot dan si koko (sibling of comot).
Then, i applied gamat oil on certain parts of their bodies.
Si comot pergi petang tadi.

Kes si comot aku tak sesedih macam kes si comel tu. Aku pun kurang pasti knpa.
Aku immune dah ke lepas kes si comel hari tu..? 
NO!!
Sebab kes si comel tragis n kes si comot kes normal.(yeke.ntah.aku rasa la)
Kes si comel takda keluar darah apa pun.

Baby kucing yang masih hidup sekarang ni, hanyakah si koko. Gmbar si koko takleh nak upload.

Seingat aku, gelaran sahabat Rasulullah iaitu Abu Hurairah ada kaitan dengan kucing.
Abu Hurairah ada bela kucing dan sukakan kucing.
Klik sini Abu Hurairah untuk tahu lebih lanjut mengenai sahabat Rasulullah S.A.W. .
Baginda juga sangat suka akan kucing kan?

Tidak menjadi kesalahan untuk kita sayang haiwan kan?
Bukankah kita, manusia, perlu menjaga tiga perkara ini iaitu :
1- Hubungan kita dengan Allah
2- Hubungan kita sesama manusia.
3- Hubungan kita dengan makhluk Allah.
Akhirul kalam. . .

Friday 23 May 2014

Berpuisi lagi. . .? >_< .


Mengenalimu terasa indah.
Berkawan denganmu penuh gelak tawa dn gurau senda.
Bersahabat denganmu kembali termotivasi, membuat aku kenal erti memahami orang lain.
Ku cuba pertahankan "ikatan' itu, namun kecundang jua akhirnya.
Terasa ibarat ditampar tsunami, dilanda badai, taufan.
Kau bertanya kepadaku, apakah aku menyesali dengan tindakan drastik aku itu?
Tindakan aku, menjarakkan kau dan aku, sehingga kini masih tiada intersection point yang tepat antara kau dan aku, untuk kembali berdamai, kerana kau telah pergi jauh, lari drpd limit antara kau dan aku.
Sedangkan kerana kaulah aku telah membuat dan nekad dengan keputusan itu.
Tidak kautanya sebab dan musababnya kan?
Dan mungkin juga, kau dan aku akan terus berada pada momentum dan paksi yang berbeza.
Kini, aku rasakan dunia itu begitu besar.
Kau dan aku kini bagaikan satunya di kutub utara dan satu lagi berada di kutub selatan.
Pada ketika itu, aku juga bertanyakan soalan yang sama kepadamu, namun kau diam seribu bahasa.
Aku membalas kepadamu, bahawa aku tidak menyesal mengenalimu, berkawan denganmu.
Masakan menyesal atas apa yang tersurat?
Aku dapat merasakan yang kau seolah2 ingin aku mengatakan yang aku menyesalinya.
Aku punyai prinsip aku sendiri.
Aku sedar yang kita tidak boleh menyesali atas apa2 yg telah terjadi. Itu semua telah menjadi ketentuan-Nya.
Sedih terkenangkan, sayu, marah, geram. Ya!! Semua manusia punyai perasaan itu.
Apatah lagi apabila apa2 yang telah terjadi terasa ibarat tiada guna, dalam erti kata lain, terasa menyesal.
Ya! Aku juga punyai rasa itu.
Geram, terasa hendak putarkan mesin masa dan perbaiki tindakan yang aku andaikan sebagai 1 kesilapan pada masa itu.

Namun, andailah aku dapat tukarkan tindakan aku itu, kini aku pasti, ianya adalah 1 tindakan yang salah bagi aku.
Aku mungkin tidak akan dapat hidup sebahagia sekarang.
Ya ada bagusnya kita, manusia tidak dapat menyulangi masa yg telah berlalu.
Andailah itu berlaku, pastilah kita sendiri pun akan pening dek banyak sangat tindakan yang kita ubah akibat masa yang boleh diulang itu.
Dan yang paling pasti ialah kita mungkin tidak akan mengecapi apa-apa yang kita kecapi pada saat ini.
Dan kita juga mungkin tidak akan mengambil pengajaran daripada peristiwa itu.
Jadi, janganlah sesekali mengeluh akan masa yang telah berlalu itu. . .
Bersyukur kepada-Nya, masa itu terus berlalu meninggalkan kita.

Tidakkah indah sesuatu yang berwarna-warni bagi kita iaitu manusia.
Begitulah juga kehidupan itu adalah indah, teramat indah!
Warna-warni keriangan zaman kanak2, gembira bermain di sini sana tanpa perlu memikirkan masalah atau endahkan hal2 lain,
warna-warni kenakalan zaman menjelang remeja, dirotan guru di sekolah, dimarahi ibu bapa.
Warna-warni mengenal erti persahatan dan erti2 lain dalam kehidupan ini.
Warna-warni bersama insan yang kita sayangi, keluarga.
Setiap peristiwa yang berlaku itulah yang menjadikan hidup kita lebih indah.
Keriangan, kegembiraan mahupun kebahagiaan ibaratkan warna yang ceria
manakala, kesedihan, kekecewaan, kehampaan dan kemarahan ibarat warna yang gelap, yang pudar.
Adakah pelangi tetap akan kelihatan indah andai tiada warna biru, indigo dan ungu pada urutan warnanya??
Fikir2kan. . .
Begitulah juga hidup ini. Allah itu Maha Adil lagi Maha Penyayang.
Jangan engkau mulakan hari barumu dengan penyesalan harimu yang telah berlalu itu.

Sekian. Wassalam.
Coretan daripada insan yg sedang belajar dalam hidup, dalam mencari dan menikmati erti hidup. . .

Monday 12 May 2014

Jambatan antara sekolah dan jalan seterusnya.

Assalamualaikum dan salam ceria.
Terutama kepada lepasan spm khususnya lepasan 2013.

Mesti ramai antara pelajar lepasan spm 2013 yang teruja nak masuk ke alam U kan?
Tak dilupakan juga, ada yang takut, ada yang dah tak sabar dan mungkin juga ada yang tak rasa apa-apa lagi buat masa ni.hahaha.

Tapi tak dilupakan ada juga yang tidak ditawarkan untuk belajar di U / kolej.
Jangan risau / sedih / frust, sebab rezeki manusia kan lain-lain.
Ada je orang yang tak cemerlang sangat pun akademiknya, tapi bahagia je dalam hidup dia. so, no more worries ye?
Just always believe in Allah, coz Allah know the best for us.

Kalau tak silap aku, result upu dah keluar kan? Tak pun dah nak keluar?

So, masa ni lah, ramai antara korang yang akan pening. Nak pilih, nak masuk matrik ke form 6 ke? Mana ni...? Kan? Kan?

Budak excellent pun kadang still punyai masalah ni. Its normal as we are human right?
Aku nak kasi sikit tips untuk korang buat pilihan. Ini hanya pendapat aku je. Scientifically not proven,, yet..?

  1. Istikarah.
For muslim, istikarah is the best way for us to make decision.
Korang buatlah istikarah. Tapi time korang buat istikarah tu, hati kena neutral ye.(based on my reading)
Nak lagi afdal, korang buatlah 3 malam ke. Cara nak solat istikarah aku rasa tak payah aku nak terang kat sini rasanya, korang boleh tanya ustazah/ustaz korang.

2. Malu bertanya sesat jalan.

Ok. Tips ni korang digalakkan untuk cuba. Tanya orang yang lebih berpengalaman. Contohnya cikgu, mak ayah, senior dll. Bagi aku, better korang tanya guru kaunseling. Sebab diorang ni banyak info pasal U ni sikit.
Tanya cikgu mana2 pun boleh je. Kalau korang dah ada target (cita2), jangan segan silu untuk kemukakan. Mungkin dyorang lebih tahu mana pathway yang safe/ better ke untuk korang ikut. Tapi janganlah terpengaruh dengan kata2 yang negatif daripada orang sekliling ye.

3. Setiap manusia punyai kemampuannya yang tersendiri.

Lastly, korang mesti tahu (kena ambil tahu) kemampuan korang. Tapi jangan pula rasa tak yakin / putus harapan. Kalau korang tak berapa cemerlang dalam spm ritu, tak semestinya korang memang takleh carry subjek tu.

       Contohnya, korang nak jadi doktor, tapi korang dapat B je untuk subjek sains. Jangan la terus letakkan diri korang yang korang memang tak mampu nak carry. Cuba tengok balik pencapaian korang dulu. Mungkin korang A masa form 4 tu, tapi rezeki Allah nak kasi korang B masa spm.Sapa boleh halang kan?
     Korang kena banyak buat refleksi diri. Korang kena tengok apa punca korang tak begitu cemerlang dalam spm ritu. Mungkin korang main2 masa form 4 ritu. Almaklumlah, ada yang anggap form 4 sebagai honeymoon year. Tapi takpe, yang lepas biarkan dia. Kita dah tak boleh nak usik dia dah. Mungkin juga ada yang bercintan-cintun. Masa pmr dia top je result, tapi time spm......(krik krik). Maknanya korang boleh je belajar, tapi mungkin ada sesuatu yang mengganggu fikiran korang time upper form.
Buat refleksi diri banyak2. Antara cara nak tahu kemampuan diri, jumpa caunsellor pun boleh.


Ok. Aku dah banyak dah berceloteh kat atas. Point sikit je, huraian je lebih.huhuhu. Harap korang faham dan korang dapat input yang cuba aku sampaikan, tak sikit semua pun jadi la.hehe. Jangan korang salah faham pula.Ada apa2 persoalan, just ask me anytime, and insyaAllah i will try to answer it.
Last but not least, i really hope that you can make a wise decision, because for me, it is like a beginning of your career in the future.

Semoga bertemu lagi di entry2 seterusnya.

Monday 28 April 2014

Puisi itu. . .

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam belajar selamanya. Hehe:-D
 Dalam entry ni aq nak share sikit, pasal 1 puisi yang aq reka pada 1 ketika tu.hahhaB-)
Puisi ni aku reka masa tengah study week kalau tak silap aku.
 Study week sem 2.
Mempersembahkan, tadaa!! :

Kau umpama catalyse semangatku. Terkadang aku tidak dapat menstabilkan torque antara kau dan realiti aku. Terkadang aku tidak dapat differentiate antara impian aku dan kewujudan kau. Aku cuba untuk integrate. Aku akan terus mencuba definite integration. Supaya aku mendapat nilai yang tepat. Aku tidak mahu indefinite integrate menjadi inhibitor aku dalam mencari limit aku. Aku akan terus mencari interval aku antara kau dan aku. Supaya aku mendapat graph yang tepat buat aku. Dan realiti antara kau dan aku. Kuharapkan curve kau dan aku bertemu pada 1 intersection point yang tepat dan halaln toyyiban 1 hari ini. Aku sedar momentum kau dan aku berbeza. Namun, aku tetap mengharapkan kau dan aku punyai moment of inertia yang sama kelak. Walau kita berada pada 2 tangent yang berbeza. Selagi cell2 dalam tubuhku dapat menjalani glycolysis, krebs cycle, electron transport chain dan chemiosmosis, aku akan terus berusaha, mencuba chromatography. Untuk mencari component kau dan component aku. Apakah mungkin Rf kita akan sama? Dan apakah partition chromatography atau adsorption chromatography yang efisien untuk kau dan aku? Segalanya kuserahkan pada-Mu Ilahi. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Dari darjah 6, kau ligase, penyatu okazaki fragments atau rongga2 usaha dan impian aku.

Ok, puisi di atas ni lebih kurang macam tiada kena mengena antara hidup atau pin mati.(mungkin...;-) )
Suatu kejadian yang agak menarik bagi aku dan akan buat aku tersenyum apabila terkenangkan peristiwa itu kembali.
This simple and short story begins here,
I sit for biologos/biology examination paper sem 2. I had wrote that poem, before i sit for that paper.
 Senang cerita, aku terlupa pasal 1 term ni, ligase.
Aku punya la dok ingt balik, apa la term tu, function tahu, then fikir punya fikir, teringatlah balik puisi yang aku reka masa stuy week tu. Haa!! Dpt pn.alhamulillah.

Lepas kejadian itu, aku terasa nak buat lagilah puisi yang macam tu. Maybe boleh try untuk next sem.hihi.

 Sekian terima kasih atas kesudian pembaca2 sekalian. 

Saturday 19 April 2014

My first entry

Assalamualaikum, hyep!
Wah terujanya, (budak baru buat blog) hahaha.
I really hope that I can get and give uncountable benefits here. Poyo habis lah! gah3

   Ha, soalan pertama. Macam mana/ what makes me want to "blogging" ? Ku pun macam terkejut juga ku buat blog.haha. Pdhal dlu memang tak masuk la dengan blog  ni. Tapi setelah ku masuk U ni, ku banyak la juga baca blog orang lain (one of the ways to make myself better). Haa! Oleh yang demikianlah ku terfikir nak buat blog ni. Antara sebabnya :
- ku banyak dapat inspirasi+informasi ( termasuk news yang dah agak basi tapi ku baru tahu lepas baca blog.hahaha.teruk betul mey!)
- ku juga terfikir, kalau ku boleh rasa happy/motivated baca blog orang, apa kata kalau aku plak menginspirasikan orang lain. I think it is good to make people happy/motivated. It makes me happy too.
  In other words, I want to make people happy, I want to give them inspiration. (chewah.gah3,tapi ni betul.ngee.) ------> haa, korang tunggulah, dapatkan inspirasi daripada entry2 ku yang bakal menyusul dari semasa ke semasa.
- ku juga nak improve my english skill as well as my other skills (to overcome stress and anythings else).
-Lastly, mungkin juga untuk hilangkan kebosanan. Sebab ni kadang ku rasa macam tak masuk akal pun ada, ku pun tak tahu kenapa.hee.
Haa, tu lah antara sebab2 nya.

    Ku rasa sampai sni dlu entry ku yang pertama ni. Orang lain ada ke buat "entry pendahuluan" bagai.hahahaha.ku ni lah. (kalau orang lain takda, meh sini meh, aku ada.entry poyo.hahaha)

  Akhirulkalam (frasa famous time sekolah bila masuk ke bahagian penutup esei,hahahaha.), semoga ku dapat curahkan informasi yang bermanfaat kat dalam blog ni dalam entry2 yang akan datang. InsyaAllah.
See you again~