Friday, 5 August 2016

SAWAn

Assalamualaikum

This entry is kind of "diary" . 
Takyah baca kalau nak tambah ilmu.
Bacalah sekadar suka2. ^_^


30 April 2016- tarikh nikah+ majlis kenduri mot
.....
Maka bermukimlah S, W dan A di taiping.
Nora tak berkesempatan untuk join the club in reality sbb koku dia (lumrah student, haruslah akur kalau tak nak masalah lain pula yang timbul) . 
Tapi nora join in virtual.
Live update kami kasi, mana yg sempat jela.huhuhu.

Khamis 28 April 2016
Kami check in hotel (sponsored by syira azahar. Thank you babe!! <3) dah maghrib.
Keterujaan aku berjumpa dengan Aina n Syira mengalahkan aku menang award (*walaupun tak pernah dapat apa2 award ;) hahaha)
Alhamdulillah masih dapat dikawal, walaupun rasa nak jerit dan peluk korang ketat2 .hahahaha.
Nasib baik mak ayah aku ada kat tempat kejadian, kalau tak "selamat" lah korang. Hahahaha.
Macam jumpa nora kat stesen bas kk, nyaris2 je terlompat kat situ. Meh3
Lalu, kami pun santai2, solat dan buat apa yang patut.
Memandangkan perut berkeroncong, kitorg keluar for food huntings la konon (acah2 je, dinner hunting sebenarnya)
Well perempuan, aku ikut kau, kau ikut aku, sampai dah pusing penjara dan taman tasik, end up makan kt the gate.kah3
Hajat di hati nak sponsor burger china town, alahai lalu di tmpt kejadian tak jmpa la pula.
Lepas tu lepak jap kt dataran mpt.
Tengok budak2 baru nak up main rollerblade.
Balik hotel, kemain lagi borak.
Sampai pkul 2.30/3 pagi.
Terasa macam ada adrenalin rush time tu. ;)
Dari bab aku, aina, syira.
Nak lagi!!!! Pretty pleaseeeee :'( 

Jumaat 29 April 2016
Melawat sekolah / tempat bersejarah / tempat pelbagai kejadian suka duka / menimba membesen ilmu , tapi bukan tanah tumpahnya darahku kui3
Tanah tumpahnya air minumanku ada la sekali dua.
Kami yang pada mulanya takda tujuan nak pegi sekolah melainkan hanya nak pegi sekolah.hahaha
Pantas mencari sebab, lalu terfikir ada sijil yang kami tak ambil lagi.so, itu dijadikan alasan.kah3
Rezeki kami! Baru disebut2 semalam pasal hari sukan. Tup2 jumaat tu hari sukan.
Mau nak melonjak lagi la.hahaha.
Tapi sedihnya, hari sukan 2016 ≠ hari sukan 2008-2012
Tak meriah langsung habaq hang.
Takda hias rumah sukan, takda perarakan rumah sukan.
Yela, kan sebab el-nino.takleh expose budak2 bawah matahari lama2.
Kami sempat la menghadiri (gitu) majlis penutupan dan penyampaian hadiah.
Yang ni meriah la juga, sebab dapat hadiah kan, sape tak suka.hahaha.
Time ni la banyak flashback.
Teringat zaman kegemilangan (kononnya) bersukan.
Aku geng syira, rumah alpha, time alpha (kuning) menang kemain la kitorg, sian aina gamma (merah) sorang2. Hehehe
Majlis penyampaian hadiah
Time ni mula la flashback macam2 with the girls
Sape batch13 yg menang itu ini,
Tukang amik gambar: danish
Sape batch13 yg akan sorak kuat2 kalau rumah sukan dyorg menang. . .
Etc . . . .

Jumpa cikgu2, alhamdulillah, cikgu2 masih cam kitorg.
Cikgu rosma (my forever beloved math teacher): wani..., mana boleh lupa, pengawas koperasi ada tertampal di dahi dia. *aku pun macam nak ter check dahi aku ada apa.aduyai hahaha.rindu la, teringat balik.
Ckgu ni satu2nya ckgu yg lipat tudung aku macam ape je, macam makcik2 pun ada, lipat bulat.aduyai.
Kalau jaga koperasi, dapat ckgu rosma, ini terbaikkkk!!
Ada satu ketika, aku suka beli cloud 9, setiap hari, dah jadi macam makanan ruji aku je masa tu.
Haaa, 1 hari ditangkap oleh ckgu ni masa nak bayar time dah habis bertugas tu, haaa apa lagi, bersyarahlah dia kat pelajar dia sorg ni.
Tak pernah nampak ckgu moody.
Ckgu ni best, dy ajar detail dan mudah memang kena la dgn aku.
Selain tu, ckgu feberet aku, ckgu kushairi, just called him ckgu kucai.
Bdk2 lelaki tak berapa suka sbb ckgu ni selalu tegur dyorg, psl rambutlah, baju tak tight in, dll.biasa la jiwa memberontak kan masa tu.
Dia ckgu pj merangkap jurulatih olahraga.
Bagus cara dan prinsip ckgu ni.
Dia pentingkan semangat dan usaha.
Bukannya bakat semata2.
Aku yang tak berapa nak ada bakat sangat ni, dia bagi peluang untuk join the club, pasukan olahraga sekolah.
Mula2 aku jadi simpanan je masa lower form, and of course aku tak menyerlah langsung, hahaha aku bukan olahragawati sekolah naaa.kui3
Tapi aku enjoy dalam pasukan dan kelab ni. Sebab banyak input yang aku dapat 
Bukan dari segi sukan je, tapi pengisian rohani pun ada juga.
Pernah berdiskusi maksud al-fatihah lagi tuu
Sesi kaunseling pun pernah. Hahaha ^_^
Kadang2 ckgu belanja makan aiskrim lepas training kat smke vii.
Aku rindu nak bersukan macam dulu!!!! >_<
Nak turun hampir setiap petang, usai solat asar.
Turun naik tangga hostel.
Jogging hostel-sekolah-hostel sebagai warming up.
Rindu nak melayangkan diri atas pasir lompat jauh / lompat kijang.
Rindunyaaa!!!
Kalau masa diploma, nak cari geng bersenam susah sikit.
Ada memang ada, tapi masing2 ada jadual masing2,
So hmmm exercise with adele, cellion deon, taylor swift, lenka etc
Btw
Aku sayang memori aku masa di smktt!!!
Ada je yang pahit, tapi org suruh telan yang pahit tu, so bermukimlah memori pahit ku kat hempedu aku, tidak dinyahtinjakan kesemuanya. Hahaha
Aku simpan memori2 manis, suka, riang ria raya, ramadhan, elok2. InsyaAllah

Ckgu fadzil, ckgu krs dan ckgu seni aku.
Ckgu ni baik, best happening, tapi aku banyak buat salah kat dia, ish3 tak patut betul la. Tido tertido masa kelas teori seni, asyik cakap "tak reti la ckgu" / "macam mana ckgu, tak jadi pun" apabila diberi tugasan suruh lukis benda pelik2 (buah, bunga dll yg dilukis secara lebih matang dan realistik, bukan macam zaman tadika / sek rendah)
Walaupun cikgu dah tunjuk demo, of course!! Setiap satu semua ckgu demo dulu, baguih tau ckgu kami ni.
Tapi tu la. Nasib dapat anak murid tangan kurang berseni melukis bagai ni.
Badan dah halus, cuma bila bab seni tak berapa nak halus. Maapinn.hahaha ^_^
Aku suka part dah siap lukis, meh sini aku warnakan boleh la.tu pun mewarna macam ape je lagi. Tak halus langsung!!
Ckgu ni la yang semangat latih pasukan kawad kaki sekolah kami sampai jadi juara negeri zon ape tah.time tu tiba2 plak buat 2 zon, + takda peringkat kebangsaan, kitorg bersemangat waja jitu tulus suci murni kami nak p lawan, tapi takdok, redha jela.
Banyak lagi ckgu2 yang aku sayang.
Tapi sayangnya ada yang dah pindah, macam tcher suzy, cik pah.
Semoga ckgu2 dan yang menaip, membaca ni panjang umur, murah rezeki, dapat jumpa lagi.
Harap masa tu aku dah berjaya, kasi ckgu2 happy. Amin

So, petang tu pula kami merendek meronda kat aeon mall.
Syira jumpa adik dia, aimi.
So, aku dating la dgn aina.
Acah2 window shopping, nak cari hadiah mot, alih2 berapa jam kami pusing2 kat situ.
Rasa gegirl womanizer sgt time tu 
Usha handbags la, kasut, heels la, mainan budak2 la.
Hanya mampu nengok jele buat masa ni.
Pastu berangan, nanti dah kerja kita window shopping lagi ye aina, sekalian nora syira oppss mot dh kawin boleh ke join.hehehe
Tiba2 cadangan untuk midnight movie diapprove.
Ptg tu pegi jengah mot kat rumah, sempat tgk baju kawin dy, tengok bilik pengantin (*correction. Lepak chill solat jap dalam tu. Hehe)
Teruja juga jumpa mot!! Jumpa kat rumah
Face-to-face, + without ur purdah heee
Makan malam sekali kat rumah pengantin,
Terima kasih mot dan keluarga
Then, midnight movie . . .
1st time kot!!!
Konklusinya, takleh dah lepas ni sebab mengantuk.hahaha
Syira with her surprise to aina, dijemput adik mereka join.
Aku tersurprise sikit sebab macam ada something inside her mind bila syira kata masuk dulu panggung, padahal semua menuju ke tempat yang sama.
Sebelum masuk panggung pun dah ternampak macam kelibatan adik dyorg, ingatkan salah tengok.
So, usai wayang, borak jap depan tesco, balik hotel, aku dah mengantuk tahap ape je, dyorg sambung lepak kat lobi hotel.
Lantas, wani pun menarik selimut dengan nikmatnya ketiduran.hahaha.
So, esoknya hari yang mendebarkan.

Sabtu 30 April 2016
Mot nikah!!! What?!!
Aku syira aina menyaksikan saat mendebarkan tu. Gituuu hahaha
Duduk belakang sikit daripada pengantin, mata tertumpu di depan, tapi mulut masing2 tak terkatup rapat,
"weh tak percayanya mot nak kawin dah!!"
"takutnya!!macam mana la mot" oh noo
"weh 21 dah kawin dah!! Kita ni....."
"cuba bayangkan, tiba2 ada orang masuk meminang ....oh nooo"
"kalau ada nora ni, mau dah menangis dah.hahaha"
"kalau ada nora ni, havoc ni. ....." hahaha
Pastu, melalut sikit.hahaha
Dalam hati bercampur baur rasa, sebak, terharu, sedih, gembira.
Ini kitorg Kawan dia, mak ayah mot macam mana la rasa.
Tuan punya badan lagi laa.
Tapi masa mot lepas bertunang hari tu, tanya dia, dah ready ke, "dah lama aku ready"
Macam histeria aku, tasnim, nora dalam kereta tu dengar mot cakap macam tu hahahaha. Semua menjerit.hahaha
Perempuan2. Huhu. That's what makes us special, right? Haha yela tu...
Sempoi je majlis mot.smart. Kitorg makan tepi swimming pool!!
Lauk sedap!!
Time ni jumpa la kejap batchmates.
The first 1 to get married among batch 13, is mot.
Orang yang sangat rapat dengan aku, terlampau rapat masa upperform.
Semoga rumahtangga mot dan ubai diberkati Ilahi.

Nora.walaupun hang takda kat tempat kejadian tapi kami ingat kat hang.
InsyaAllah kita dapat bersua 5 orang serentak.



Do your best my precious friends!!
Aina
Mot
Syira
Nora
Man jadda wa jadda!!
May our friendship last forever
---> lots of laugh and love: budak koop feberet korang.haha ^_^ <---

Entri yang dah berkurun
Rindu kalian, don't know how to describe it, but really miss all of you!!! :'( 
Nak face-to-face conversation, baru havoc
Nak contact, tapi tak nak mengganggu kalian, so sampaikan rindu kat sini <3 
Sentiasa ingat dan rindu korang hmm hmmm hmmm

No comments:

Post a Comment