Erti hidup
Mencari redha Dia
Apabila kita sayang akan sesuatu / seseorang, kita pasti nak dia suka pada kita, pada setiap yang kita lakukan.
Betul tak?
Contohnya;
Kita sayang mak ayah kita
Mak ayah kita larang balik lewat malam
Lalu, kita pun balik awal
Sebab apa??? Sebab sayang
Sebab hormat
Itulah erti sebenarnya kasih sayang
Erti hidup
Kasih sayang pada Allah
Cinta Allah
Sebenar2 kasih
Kita cakap kita sayang Dia
Tapi setiap yang kita lakukan dalam hidup ni,
Agak-agak kita ada tak fikir
Allah bagi tak aku buat macam ni
Allah suka tak kalau aku buat macam ni
Allah murka ke kalau aku buat lagu ni
Allah makin sayang kat aku tak kalau aku buat macam ni
Allah redha tak setiap apa yang aku buat dalam hidup ni
Lalu
Seorang wanita ini berfikir
Pantaskah tindakan ku ini
Punya redha Ilahi
Atau sekadar menjemput murka-Nya
Untuk siapakah kamu menyukai seseorang
Memendam rasa?
Mengapa disimpan perasaan itu?
Mengapa disemai rasa itu?
Disemai dengan memori2
Disemai dengan angan2
Yang mungkin hanyalah angan2 mat jenin
Mengapa???
Adakah kerana Allah?
Lenakah engkau selama ini?
Kau terfikir atau tidak
Mungkin tindakan kau ini hanyalah menempah murka Dia
Di saat kau ingin melupakannya
Apakah asbabnya?
Adakah hanya kerana mahu menumpukan perhatian kepada pelajaran?
Adakah kerana dia lebih baik dan lebih layak digandingkan dengan seseorang yang jauh lebih baik daripada diri kau?
Maka kamu mahu melupakan dia?
Adakah itu asbabmu wahai sayang???
Tidakkah sepertinya logikmu mengatakan aku lebih tahu untuk siapa si dia dijodohkan?
Siapa kamu sebenarnya?
Benar2 hamba Dia atau sekadar hamba di bibir
Tetapi bertuhankan diri sendiri???
Kamu mahu melupakannya
Tapi sayang....
Apakah asbabmu sayangku permata...
Di manakah sayangmu pada Pemilik hatimu. . .
Di manakah katanya mahu mencari redha Dia. . . . .?
Tetapi setiap tindakan lagaknya hanya untuk kepentingan diri sendiri
Di manakah bukti segala sayang yang kauucapkan
Segala harapan kau
Yakni mencari redha Dia
Sedarlah sayangku
Setiap nafas
Setiap saat
Adalah milik Dia
Jika kaubicarakan
Mahu mencari redha Dia dalam hidup ini
Makanya, setiap saat dalam hidup kau ini mestilah diniatkan untuk mencari redha Dia
Berharap setiap yang kaulakukan itu
Beroleh redhaNya
Dicintai Ilahi
Lupakanlah dia
Lupakanlah perasaan itu
Lepaskanlah rasa yang menyesak dada itu
Dengan kalimah Lailahaillallah
Dengan rasa sayang pada Allah
Dengan cinta pada-Nya
Dengan mengingati suruhan dan larangan-Nya
Dengan pengharapan bahawa ALLAH SUKA, REDHA, IZINKAN AKU dalam tindakanku ini.
InsyaAllah Amin
--> Allah yang beri kita hidup, maka hiduplah kerana Dia
--> buatlah sesuatu perkara dengan akal, dan fikir semoga Allah suka pada apa yang aku lakukan ini.
InsyaAllah amin ☺
No comments:
Post a Comment