Sunday, 1 May 2016

Hati

Jangan kaucuri hati ini
Kelak mati hatiku
Kerana hati ini hanya hidup dengan adanya Dia

Jangan kautambat hati ini dengan ikatan yang kau reka
Kelak andai longgar ikatan itu, kita mungkin akan terpisah
>Putus tak bertali<

Jangan kautawan hati ini
Kelak mungkin seluruh kerajaan dan penghuni akan sengsara
Kerana hati ini bukan daerah untuk ditawan

Jangan kau jangan . . . .

Sekadar berpuitis di kala otak mula menjana madah puitis

No comments:

Post a Comment