Friday, 23 May 2014
Berpuisi lagi. . .? >_< .
Mengenalimu terasa indah.
Berkawan denganmu penuh gelak tawa dn gurau senda.
Bersahabat denganmu kembali termotivasi, membuat aku kenal erti memahami orang lain.
Ku cuba pertahankan "ikatan' itu, namun kecundang jua akhirnya.
Terasa ibarat ditampar tsunami, dilanda badai, taufan.
Kau bertanya kepadaku, apakah aku menyesali dengan tindakan drastik aku itu?
Tindakan aku, menjarakkan kau dan aku, sehingga kini masih tiada intersection point yang tepat antara kau dan aku, untuk kembali berdamai, kerana kau telah pergi jauh, lari drpd limit antara kau dan aku.
Sedangkan kerana kaulah aku telah membuat dan nekad dengan keputusan itu.
Tidak kautanya sebab dan musababnya kan?
Dan mungkin juga, kau dan aku akan terus berada pada momentum dan paksi yang berbeza.
Kini, aku rasakan dunia itu begitu besar.
Kau dan aku kini bagaikan satunya di kutub utara dan satu lagi berada di kutub selatan.
Pada ketika itu, aku juga bertanyakan soalan yang sama kepadamu, namun kau diam seribu bahasa.
Aku membalas kepadamu, bahawa aku tidak menyesal mengenalimu, berkawan denganmu.
Masakan menyesal atas apa yang tersurat?
Aku dapat merasakan yang kau seolah2 ingin aku mengatakan yang aku menyesalinya.
Aku punyai prinsip aku sendiri.
Aku sedar yang kita tidak boleh menyesali atas apa2 yg telah terjadi. Itu semua telah menjadi ketentuan-Nya.
Sedih terkenangkan, sayu, marah, geram. Ya!! Semua manusia punyai perasaan itu.
Apatah lagi apabila apa2 yang telah terjadi terasa ibarat tiada guna, dalam erti kata lain, terasa menyesal.
Ya! Aku juga punyai rasa itu.
Geram, terasa hendak putarkan mesin masa dan perbaiki tindakan yang aku andaikan sebagai 1 kesilapan pada masa itu.
Namun, andailah aku dapat tukarkan tindakan aku itu, kini aku pasti, ianya adalah 1 tindakan yang salah bagi aku.
Aku mungkin tidak akan dapat hidup sebahagia sekarang.
Ya ada bagusnya kita, manusia tidak dapat menyulangi masa yg telah berlalu.
Andailah itu berlaku, pastilah kita sendiri pun akan pening dek banyak sangat tindakan yang kita ubah akibat masa yang boleh diulang itu.
Dan yang paling pasti ialah kita mungkin tidak akan mengecapi apa-apa yang kita kecapi pada saat ini.
Dan kita juga mungkin tidak akan mengambil pengajaran daripada peristiwa itu.
Jadi, janganlah sesekali mengeluh akan masa yang telah berlalu itu. . .
Bersyukur kepada-Nya, masa itu terus berlalu meninggalkan kita.
Tidakkah indah sesuatu yang berwarna-warni bagi kita iaitu manusia.
Begitulah juga kehidupan itu adalah indah, teramat indah!
Warna-warni keriangan zaman kanak2, gembira bermain di sini sana tanpa perlu memikirkan masalah atau endahkan hal2 lain,
warna-warni kenakalan zaman menjelang remeja, dirotan guru di sekolah, dimarahi ibu bapa.
Warna-warni mengenal erti persahatan dan erti2 lain dalam kehidupan ini.
Warna-warni bersama insan yang kita sayangi, keluarga.
Setiap peristiwa yang berlaku itulah yang menjadikan hidup kita lebih indah.
Keriangan, kegembiraan mahupun kebahagiaan ibaratkan warna yang ceria
manakala, kesedihan, kekecewaan, kehampaan dan kemarahan ibarat warna yang gelap, yang pudar.
Adakah pelangi tetap akan kelihatan indah andai tiada warna biru, indigo dan ungu pada urutan warnanya??
Fikir2kan. . .
Begitulah juga hidup ini. Allah itu Maha Adil lagi Maha Penyayang.
Jangan engkau mulakan hari barumu dengan penyesalan harimu yang telah berlalu itu.
Sekian. Wassalam.
Coretan daripada insan yg sedang belajar dalam hidup, dalam mencari dan menikmati erti hidup. . .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment