Assalamualaikum dan kon ni chi wa!
Entry kali ni aku nk cerita pasal kesedihan yang menjengah lubuk hatiku ini minggu lepas.
Pada 12 Mei yang lalu bersamaan hari Isnin, anak kucingku ditimpa kemalangan.
Si comel itu telah ditimpa oleh sebuah pagar kayu yang ukurannya lebih kurang 2 buah cpu standard size.
Hidungnya berdarah.
Ibuku memaklumkan kepadaku bahawa si comel dihimpap pintu.
Aku sangkakan tidak serius.
Kemudian, aku bergegas keluar.
Aku dapati si comel telah terlantar, meraung dalam bahasa kucing.
"meow meow.. meow meoww.." kedengaran nadanya yang jelas menunjukkan si comel sedang kesakitan.
Aku sedih melihat si comel dalam keadaan begitu.
Runtun jiwaku ketika itu.
Kemudian, aku segera masuk ke dalam rumah bagi mendapatkan tisu.
Kusegera membersihkan darah yang mengalir dari hidung si comel.
Sayu hatiku melihatkan tubuh kecil itu kesakitan.
Badannya seolah-olah terkulai.
Keesokan harinya, aku dan keluargaku pergi berjumpa veterinar di pekan Selama.
En V menyuntik si comel dengan cecair yang aku sendiri tidak pasti.
Sebelum pulang, En V mengatakan bahawa tiada apa-apa.
Seolah-olah menjelaskan tiada apa-apa kecederaan yang serius di tubuh si comel.
Dalam ketika itu, aku tetap musykil.
Dalam benak hatiku, "tak kan takda apa-apa. leher macam patah je ni, hidung berdarah smlm..?"
Dalam fikiran yang cuba menahan sebak, bibirku menuturkan "leher dia ni takda apa-apa ke?"
Jwb En V, takda apa ni.
Dr V menyuruh kami memberikan glucose kepada si comel kerana si comel kelihatan tidak bertenaga.
Kesedihan aku mulai reda, namun masih jua menapak di dalam jiwaku pada ketika itu.
Hari itu kami dalam perjalanan ke Parit Buntar.
Semasa dalam perjalanan, si comel berbunyi beberapa kali.
Sepanjang perjalanan itu jugalah, aku mengusap-usap si comel, dengan tujuan untuk menenangkan si comel yang pasti dalam kesakitan pada ketika itu.
Setelah sampai di rumah, aku segera membancuh glucose yang baru sahaja kubeli.
Ok. Ringkas..
Lepas 3 teguk, si comel terkulai, tak bernafas, tiada tanda degupan jantung.
Aku terkedu, rasa macam nak nangis je. Tapi tahan.hehe. sebab ada kkak aq ngn mak aq kt situ.hee
Inilah si comel yang aku maksudkan tu. Date of death : 13 Mei 2014 |
Aku pun memaksa diri ini untuk merelakan kepergian si comel, walau hati berat sekali.
Inilah si comot. Date of death : 23 Mei 2014 |
Ok. Mggu ni plak, ada lagi seekor anak kucing aku meninggal. Aq gelar dia comot.
Yang si comot ni aq taktau punca kematian dia. Dah ajal tu memang le.
Nak kata kemalangan mcm si comel, tak pun.
Berdasarkan pengamatan aq, kes si comot ni mungkin sebab parasit.
Aku geram dengan emaknya si comot., @ibu kucing(IK) je aq gelar dy. ngee
IK tak urus pun si comot, kasi makan ke, bersihkan badan si comot ke(jilat).
Aq pun tak tahu kenapa. Mungkin IK sedih dengan pemergian si comel? Nak kata tak , macam kejam lah pula, nak kata ya, macam bukan ya ja.
Sampaikan aku yang bawa IK pergi dekat si comot. Itupun, IK lari pergi tempay lain sebaik aku lepaskan IK.
Konklusi kedua, mungkin si comot kurang nutrien. Yela, Ik dah tak hiraukan anak dia itu.
"IK oi, anak hang tu kecik lagi la, la bagi dy susu."
Si comot start lemah semalam. Aku pun bancuh susu tepung+glucose kasi si comot minum guna picagari.
Nak suruh dia jilat memang idak dah le. si comot nak duduk or berdiri pun dah tak larat.
Lepas aku kasi tu, si comot boleh berdiri. Aku happy. Tapi hapy aku hanya seketika, sebab si comot tiba2 terhoyong-hayang kemudian rebah.
Kaki si comot seolah-olah dah tak dapat nak terus tahan berdiri.
Petang semalam, aku basuh badan si comot dan si koko (sibling of comot).
Then, i applied gamat oil on certain parts of their bodies.
Si comot pergi petang tadi.
Kes si comot aku tak sesedih macam kes si comel tu. Aku pun kurang pasti knpa.
Aku immune dah ke lepas kes si comel hari tu..?
NO!!
Sebab kes si comel tragis n kes si comot kes normal.(yeke.ntah.aku rasa la)
Kes si comel takda keluar darah apa pun.
Baby kucing yang masih hidup sekarang ni, hanyakah si koko. Gmbar si koko takleh nak upload.
Seingat aku, gelaran sahabat Rasulullah iaitu Abu Hurairah ada kaitan dengan kucing.
Abu Hurairah ada bela kucing dan sukakan kucing.
Klik sini Abu Hurairah untuk tahu lebih lanjut mengenai sahabat Rasulullah S.A.W. .
Baginda juga sangat suka akan kucing kan?
Tidak menjadi kesalahan untuk kita sayang haiwan kan?
Bukankah kita, manusia, perlu menjaga tiga perkara ini iaitu :
1- Hubungan kita dengan Allah
2- Hubungan kita sesama manusia.
3- Hubungan kita dengan makhluk Allah.
Akhirul kalam. . .