Sunday, 28 November 2021
Hmm
Saturday, 6 November 2021
A productive weekend... Eh? π€
Haluuu Assalamualaikum...
Produktif kah weekend kalian?
Produktif kah weekend saya?? Hmm..
Mari kita analisis sikit.. Ceyhh,, Acah jeee.. ahahaha
Kisahnya.. Esok ada kelas BST (bed-site teaching), makanyaaa, apa lagiii, kena cari kes lahhh untuk BST esok...
Aku boleh pulak terlupa yang hari ni ada Jadual pergi ED (emergency department)...
Punya laa relax2 pagi tadi.. Sekali rumet cakap, Wani cepat Wani pkui 11 nak pergi ED..
Aku yang masih hilang ingatan (ππ) time tu, blur blur... Hah?? Pkui 11..
Time tu dah pkui 10.14am..
Mak ai Wani Wanii Adehhhh... Ahahhahahahha..
Nasib session kat ED from 11am - 2pm..kalau sejam ja, mau gelabah aku nak bersiap π..
So, hari ni, dapat lah aku clerk pt (ambil history aka sejarah perubatan pesakit)..
Hari ni aku clerk pt chest pain (sakit dada)..
Punca sakit dada yang paling kerap adalah serangan jantung (acute coronary syndrome, ACS / myocardial infarction, MI).
Mula tu, nurse macam tak bagi clerk pt tu, dia cakap, pt ni susah, nanti you tanya banyak nanti dia marah pulakkk..
Tapi, since dah takdak pt lain, kitorang pun try jelah approach pakcik tu..
Dia okay ja..
Pt tu bekas tentera...
Seingat aku, pt2 yang aku clerk..agak ramai juga yang bekas tentera, polis, yang ada penyakit kronik, macam darah tinggi,, kencing manis,, cholesterol... Ada tu yang dapat penyakit time muda2 lagi, macam 4+..
Pekerjaan lain pun ada ja..tapi dia macam tersave dalam otak aku ni pasal pekerjaan beruniform ni..
Dengan corak pemakanan rakyat Malaysia sekarang ni,, ada kajian yang mendapati seawal 30an pun ada yang dapat penyakit kencing manis, darah tinggi..
Allahu, terasa insaf ya Wani.. Harapnya berterusan ya jaga diri... πͺπ½πͺπ½πͺπ½
Dulu,, aku pun musykil, tapi kebanyakan pt yang aku jumpa, depa dapat tahu masa routine checkup kesihatan under tempat kerja depa.. The good side is, screening awal.. Tapi tulah,, risau jugak..
Apapun... Pt tu baik sangat tadi. Moga pakcik tu dapat teruskan hidup dengan lebih baik lepas ni. Aminn
Last2, borak macam pakcik jiran tetangga ja π
Ramah kemain haaa..
Aku orang ramah2 ni, lagi lah aku ramah π€£π€£π€£
Makanya hari ni, happy lah aku, dapat balik vibes clerk pt kat hospital. Alhamdulillah.. Rindu sangattt moment2 bebas untuk keluar masuk hospital, cari pt π€§
Takpa lah, kita buat mana yang boleh buat masa sekarang ni...
Penutup clerk pt hari ni...
Pt: susah tengok kamu belajar...kenapa kamu semua pilih doktor ya..
Kitorang semua:... Krik Krik... Hanya mampu tersenyum. Dan ketawa π
Bila time masuk amik beg dah nak balik tu,
Me: Weh, kita tak jawab soalan pt tu... π
Groupmates:
1- macam mana jawab, kite pun tak tahu kenapa kita masuk medik π€£π€£π€£
2- tulah tu..kenapa ntah masuk medik..
3- sebab kita tak tahu... Kalau aku tahu, memang aku tak masuk medik.
π€£π€£π€£π€£π€£
Sekian.... Soalan yang dari year 1 lagi orang dok tanya...sampai sekarang, dah tahun 5..masih mencari jawapan... Huhuhu
.
.
Lepas balik ED, aku ws lah mak aku, ehhh mak aku busy pulak, mai KL ni, sakan berjalan rumah anak menakan, rumah adik eh ehhh, tinggai aku kat sinii hummmhh tak habaq awai pulak tuuu, nasib aku tanya...
Baru nak chillex dengan mak jap.. Mak pulak sibuk,, pencen2 pun Jadual penuh yaaa πππ
Takpa lah, yang penting mak happy, Walaupun aku rasa ditinggalkan kat sini..
Ehh, rasa nak cepuk je diri sendiri. Ahahhahha. Hang dok sini nak belajaq kan, dah la hari ni hang p hospital, bukan bole ikut mak pun. π
Boleh pulak mak aku bergurau kata dah balik Perak, padahai masih kt KL..mak ooo makkk... Bikin kaget aja ya..
Hari tu,, mak buat surprise... Cakap abang je datang hantar barang dari Perak.. Alih2, turun bawah, ehhh ada mak lahhh ππππ₯³π₯³π₯³
.
.
So petang nya...
Hosmet pulak takdak, giliran dyorang pegi ED after kitorang.. Kalau dak, si F tu dah kena kacau dengan aku dahhhh ahahahaha. Tak pun, dia mai kacau aku...
Rumet pulak tengok movie lepas makan...
Aku pun... krik krik... Study??? Apakah ituu ahahahah ..
Emmmm, Last2, masak lahhh, campak2 ja... Ntah ape benda lah aku masak, πteringin makan cheese, beli cheedar kat mart bawah..
Rumet suggest masak Maggie letak cheese kat atas... Aku macam emmm...aku dah la dalam usaha nak kurangkan makan maggie ni, karang, kalau sedap kangg, tak pasai ja satni, tiap hari aku buat satni π€£
... Dah la minggu lepas keje Maggie je..konon nak jimat lah, last2 p the store, memborong... (Takpa2, tu buat stock..tak rugi pun π€π)
Haaa, since aku ada beli mee tarik hari tu...(gara2 teringat mak mentua abgcik penah masakkan untuk aku π, rindunyaaa..)
Maka, inilah masanyaaa nak masak mee tu...
Pastu, ehhh tetiba rasa nak makan tomyam.. Makanya... Jadilah tomyam cheese. Kesah pulak aku orang penah buat ke takkk. π Kita kasi onzz sajaaaa. π
Tiba2 Min ws,, tanya nak datang bilik tak,, sebab ari tu dah cakap nak gi sana borak2, maklumlahhh, rumah dah lainn, kena lah buat appointment dulu π hahhahahha..
The making of.........Bismillah... campak2 π
Tadaaa.....
Mee tarik labu kuah tomyam telur (tak penah2 aku makan tomyam telur, pestimeee ππ€. Naseb sedappp π€)
Yelah, dok kolej, protein apa ja yang tahan lama, telur..tak pun ikan bilis..tu je setakat ni yang aku tahu..tak kan nak buat tomyam ikan bilis kot,, lagi lahhh emmm ermmm ermmmm, aku pun akan pkiaq banyak kali nak makan tomyam ikan bilis.. ahahahhaha
kalau ada suggestion protein apa tahan lama,, habaq mai nahh ahaha. PS: no peti ais yaaaaa.
Kitorang pun teruskan aktiviti, dengan turun main badminton...
Uihhh, hari ni specialll, we olls beregu you know.. π
Aku, Min, A, F..
Keje diketawakan je aku petang ni π π
Okay lah tu, berpeluh gak tadii...
Anak kucing ketakutan sebab kena culik sat.. ahahaha |
Dapat culik sat anak kucing pun still kira achievement what..
OTW balik kolej, terserempak anak kucing, kemain takut dia dengan manusia.. konon menyorok bawah pokok, sekali kena tangkap dengan aku ahahaha.. nak belai ja pun cheq oi.. chillexxx kids....sian dia takut orang..
Produktif jugak lah rasanya weekend ni π€
Sambung esok pulak Produktifnye...
Alkisah BST petang esokkk yeee..,see you tomorrow ED...
Mudah2an otak aku dapat faham dengan cepat dan ingat semaksima mungkin Aminn.
Nak hapai treatment ACS nii. πͺπ½πͺπ½πͺπ½
Akhirul kalam... Begini lahhh kisah weekend budak medic.. π€π Poyo je...
Tapi takde lah every weekend macam ni.. Posting ni je yang chances untuk ada kelas time weekend tu tinggi.. Posting lain tak sangat pun..melepak kat bilik je, tak pun jimba je weekend2 lain tu π...
Jarang2 aku share aktiviti seharian buat ape... Ahahaha. Dah kenapa Wani,, saja..nak start enjin, Nak start tulis blog balik..
Kita start dengan light2 dulu, nanti kita tulis entri yang lebih bermanfaat dan lebih teratur ya begituuu... π€
Oh ya , btw hari ni, aku berjaya untuk tak ikut hosmet aku keluar makan.. Yeayyy, bukan senang ye nak tolak pelawaan dan untuk tahan diri daripada keluar kalau hang memang kaki berjalan π + ari ni dapat masakkkk yang proper, masak dengan tenang, dapat kasi Min makan..hehehe, S & Min puji sedap π€ hehe. Mau tak sedap, paste tomyam tu dah lengkap semua dah.ahahhahha
Wassalam.. π
Monday, 18 October 2021
Yahuuu. Meeting my love π
Al kisahnyaa, rindu tak bertepi... Tapi masih terkawal rasanya... Tapi...since kalau videocall dengan dyorang je, mesti ditanya nya kat aku: "Schik Wani bile nak balik rumah Adni...bile nak balik sini.. / bile nak balik rumah Amani... / Amani nak Schik Wani balik sini" π
Adehhhh, memang godaan sungguh lah...
Nasib aku takdak transport ja..kalau dakk,, memang lesap every weekend dahh π€π
Study pun ke laut lah jawabnya... Hahahahahhaa..
Mungkin ni lah hikmah dia, abang pula pakai kereta..supaya aku dok kolej elok2, study elok2.. Kalau dak,,, weekend ja, lesap, pantang sungguh takdak kelas π Padahai takdak kelas pn banyak ja lagi keja lain... Dya bole dok wat lek wat chill kluaq sini sana plakk π
... Okay back to balik rumah akak..kisahnyaa aku pun balik lahhh, weekend semalam..
Aku saja dok cerita kat hosmet (A), wehhh bestnya kalau dapat balik rumah kakak aku,, anak menakan aku dok soh balik.π€§
Sekali dya pelawa aku daaa... Wehh kalau kau nak balik, aku bole anta..
Huwaaa huwaaaaaaa, na nangesss π€§ baiknya kamuuu A...
Moga Allah balas kebaikan hang & permudahkan segala urusan hang Aminnn.
Aku pn, apoo lagi....
Onzzzz π€π orang cakap: mengantuk disorongkan bantal, hahhh, tunggu apa lagiii, lena sedaih laaaa π
...it was very fun weekend... πππ
Petang p pantai.. Esok petang pulak p taman..bawa Adni Amani main basikal kat Eco Grandeur tu..
Nanti Schik Wani dah keje Schik Wani bawa jenjalan ye... Sekarang ni, Abi deme lah bawakan,,, aku pun tumpang sekaki π€π€£π€£
Time kat Eco Grandeur tu.. Aafiyah baru nak belajaq kenai rumput.. π€ Habis dya nak kutip daun2 masuk mulut..Al kisah bersihlah tempat yang Aafiyah duduk tu, aku pun kutip la daun2 tu, tamau dya masuk mulut punya pasai.. Dah nak balik tu, aku dengan kakak aku tengok tempat yang Aafiyah duduk, dengan kawasan yg Aafiyah tak duduk tu, pastu dua2 tergerak..ahhahaha.. Beza... π
Best sangat2 πππ
Alhamdulillah for the moment that you gave to me Allah..
Memang aku all out lah citer dya.. π
Deme pulak jenis berkepit je dengan aku, haaa, memang melayan jelah deme...
Semua nak aku yang buatkan.. Nak tido, Nak makan,, Nak mandi,, nak gosok gigi,, nak tunjuk buku sekolah,, nak main puzzle,, almost semua lahhh citer dyaaa..
Tapi that's what I love...spending time with my love ones will always be my favourite choice..
Nak makan nak dok sebelah...
Bole merajuk uiii Adni Amani klo salah sorang tak dapat duduk sebelah aku π
Comey ngattt aihhh π
Nanti besar pun makan dengan Schik Wani tauuu π€ nanti Schik Wani masakkan..
Cakap pasai masak...
Hari tu Adni tanya..
Tengah tengok2 kat, Adni tnya...Schik Wani nak masak ke..Schik Wani pandai masak?
Nak tergelak jap... Aku pun taktau aku pandai masak ka..untuk perut sendiri tu bole la..untuk orang lain tu...emmm, ikut perut mung lah, mu sanggup ke dop ahahaha.
Al kisahnya nak buatkan roti telur kat dyorang, tapi roti pn ngak ada.. Last2 abg ipaq kluaq beli bekpes..
Takpa la, next time aku try masak kat dyorg.
Apa yang aku dapat time pegi rumah kakak aku kali ni,, aku makin nampak pattern anak sedara aku ni macam mana...
Last time aku nampak pattern dyorang, is pkp last year sebab duduk serumah time tu..
Nampak lah,, Adni ni macam mana,, kalau dia tak puas hati dia buat apa... Kalau dia nak sesuatu tu dia buat apa... Nampak dia ni seorang yang penyayang, competitive..
Amani pulak, keje nak ikut kakak dia je.. Yang si kakak ni, tak suka orang ikut dia.. Haa sudahhh. Adehh. π Maciam2.
Amani..so cute..setengah orang, kalau baru jumpa dia, maybe fikir dia ni kuat meragam or tantrum.. Sebab dia kalau tak dapat apa2, dia akan lari merajuk, or guling2 atas lantai..
Tak tak tak.. Dia bukan kuat meragam.. Dia cuma belum tahu macam mana nak express kan apa yang dia rasa, apa yang dia nak, secara tenang dan jelas...
Aku pun awal2 tu pening gak kepala nii.. Cemmana nak buat nii. Adehhh. Tak syok la klo mai umah Amani nak merajuk je...
Seyes dia merajukkk.. Lucu pulak ingat balik. Adehh π
Kadang tu, tuangkan air kat dia, dia merajukkk.. Iyeee.. Tak faham kan apa pasai...
Citer diaaa, sebab dia nak buat sendiri..
Kita as adult ni, guide dia la..
Tengok, bagi dia pegang elok2, Haa, then tuangg..macam tu...
Banyak lagi dia merajuk..
Ada satu tu, dia merajuk sebab Adni suruh aku suap makan, Adni pun ubah tempat ke cemmana tah tak ingat sangat..pastu dia nampak.. Padahai sebelum tu, elok ja dia main kat depan, mungkin dah kenyang kot... Aku pun teruskan lah makan..
Ehh ehhhh. ,sekali dia merajuk daaa... Haaa sudahhh jem otak akuuu ahhahhahaha.
Kalau panggil, nanti dia jerit2..
Pastu aku pun biar kan dia dulu.. (serius time ni aku try and error je.. Tawakal je, harap2 dapat sejukkan ati dia)
.
Pastu, bila macam dia dah senyap..dia intai2 kita, aku pun p lah dekat.. Eh dia lari masuk bilik pulak π ku gagahkan diri..
Tak cakap banyak, aku hulur tangan saja, meh sini Amani... (nada paling baik aku penah cakap rasenye π€π€£π€£π€£).. Terus dia sambut tangan aku...
Then, aku cakap baik2 kat dia..Amani nak apa? Schik Wani tak faham kalau Amani tak cakap.. Cuba Amani cakap Amani nak apa...
Dia cakap something,,, tapi macam slow sangat...aku pun tak dengaq adehhh. Malu agaknya..
Aku pun tanya lagi.. Amani nak Schik Wani suap ke?
Pastu dia angguk..
Fuhhhh. Alhamdulillahhhh. Lega gila aku rasaa, cobaan pujuk berhasillll. Phewwww ππ»
Ada lagi satu kejadian... Malam last kat sana...
Alkisah, kitorang tengah dinner,, tapi dia dah ngantuk.. Takpelah, dia pun p dok kt depan TV.. Kejap2 datang kat aku, Kejap2 datang kat aku, dya tak cakap nak aku tido kan..aku pun buat relax jelah makan π€£ dasarr schik wanii ahahaha.
Dekat 5 kali jgak dia ulang alik.. Ada juga dia cakap..Amani nantukkk sambil tgk aku...
Aku pun.. Amani nak schik Wani bagi tido ke, jap ye...
Pastu, bila dah habis tu, nasib baik dia tak merajuk.. Ingatkan nak terus bagi tido la..
Ehh, kakak dia keluar kan puzzle depan dia pulak dah aihh..
Pastu, dok sembang pasai puzzle tu, kakak cakap A, adik cakap B, pastu kakak bertegas dengan A, Last2 adik merajuk, sebab kakak takmau terima yg adik cakap B. Haa sudahhh. π΅ Ahahahahahaha.
Aku cakap takpelah... Pastu, ehh aku pulak yang kena jgakkkkk. Amani: Humhhh takmau kawan schik Wani.
Adehhhh tak pasai aku terlibat sekali π€£
Pastu, aku try taktik yang sama.. Diam jap.. Tapi ade je kat situ..
Bila dia macam dah okay... Aku pun : Bismillah hirrahma nirrahim.. Angkat dia bagi baring.. Terus dia okay je..meh sini schik Wani bagi tido. Maka kembali Amani yang ceria tu ☺️
Aku pun... Oooo, cenni rupanya Amanii..
Sebelum ni, aku pun macam, ya Allah, macam mana nak cakap kat Amani nii, Nak apa2 habaq, jangan dok jerit2 takmau kawan apa semua tu,,, tak faham...
Ya lah wehh, bukan kata budak ja, orang dewasa pun kadang tu tak pandai nak ekspresikan apa yang dalam hati dengan cara yang tenang (aku lah tu π€π. I'm learning and trying okayyyy hehe)
Maka dengan itu...Habis lah satu cerita weekend yang menjadi bekalan untuk aku teruskan hidup kat kolej ni... Ceyh, Poyo je ahahhahha.
Banyak lagi nak cerita tapi..cukup lah tu kat sini, buat masa ni..
Adiosssss. ππΌ